Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, ketika abang sedang menikmati secawan kopi di depan laptop, tiba-tiba terlintas di fikiran mengenai OSHA.
Mungkin tidak semua orang biasa dengar mengenai OSHA terutamanya orang-orang yang tidak bekerja. Secara Amnya, OSHA merupakan satu undang-undang yang digubal di parlimen pada tahun 1994 untuk digunapakai oleh industri yang dinyatakan dalam jadual pertama akta ini.
Antara Indutri yang terlibat dalam Jadual Pertama:
1) Pengilangan
2) Pelombongan dan Penguarian
3) Pembinaan
4) Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
5) Kemudahan:
a) Elektrik
b) Gas
c) Air
d) Perkhidmatan Kebersihan
6) Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
7) Perdagangan Borong dan Runncit
8) Hotel dan Restoran
9) Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
10) Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
P/s: Maklumat selanjutnya akan dikongsikan pada entry yang akan datang.. heheh
sebelum tu abang akhiri entry kali ini dengan sebuah video persembahan abang dulu2 sebagai hiburan.. :-p