Thursday 18 July 2019

Penantian Sebuah Kepastian









Mestikah engkau pergi meninggalkan ku..
Di saat aku begitu memerlukan dirimu..
Andai benar cinta bertakhta di hatimu,
Ku pasti Kau akn kembali kepada ku..

Mestikah engkau membiarkan ku sendiri
Di waktu ku mengejar cahaya untuk mu
Andai benar cinta sebati di jiwamu
Ku yakin dirimu hanyalah untuk ku

Dan kini ku sendiri menanti sesuatu y tidak pasti
Cuma ada sebuah harapan y tidak berpaksi
Namun ku masih menanti hadirnya kepastian
Kepastian y benar dinanti selama ini

Wednesday 17 July 2019

Occupational Safety and Health Act 1994(OSHA)/Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Image result for osha 1994

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, ketika abang sedang menikmati secawan kopi di depan laptop, tiba-tiba terlintas di fikiran mengenai OSHA.

Mungkin tidak semua orang biasa dengar mengenai OSHA terutamanya orang-orang yang tidak bekerja. Secara Amnya, OSHA merupakan satu undang-undang yang digubal di parlimen pada tahun 1994 untuk digunapakai oleh industri yang dinyatakan dalam jadual pertama akta ini.

Antara Indutri yang terlibat dalam Jadual Pertama:
1) Pengilangan
2) Pelombongan dan Penguarian
3) Pembinaan
4) Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
5) Kemudahan:
a) Elektrik
b) Gas
c) Air
d) Perkhidmatan Kebersihan

6) Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
7) Perdagangan Borong dan Runncit
8) Hotel dan Restoran
9) Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
10) Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun

P/s: Maklumat selanjutnya akan dikongsikan pada entry yang akan datang.. heheh
sebelum tu abang akhiri entry kali ini dengan sebuah video persembahan abang dulu2 sebagai hiburan.. :-p




 

Sunday 14 October 2012

Koleksi Pantun 2 Kerat

















Berjalan-jalan di tepi pantai,
Berehat sekejap di atas batu,
Andai kita orangnya pandai,
Jangan la cepat mendongak dagu...


Pergi ke pasar membeli ikan,
Mahu dimasak menjadi santapan,
jika mahu berjaya di masa hadapan,
haruslah cekal menempuhi dugaan..

 Pergi Kerja Membawa Bekal
Dimakan Bersama Jiran Tetangga 
Andai Kail Panjang Sejengkal
Lautan Dalam Jangan Diduga

Thursday 22 December 2011

Cinta Pertama

Apa itu cinta??adakah anda semua memiliki cinta?pernahkan anda mempunyai cinta pertama? secara fitrahnya manusia tidak dapat lari dari perasaan cinta itu.. saya percaya bahawa semua orang pernah mempunyai cinta pertama dan mungkin sedang mempunyai cinta pertama..tapi sejauh manakah cinta pertama itu boleh dipercayai? adakah ia akan kekal sehingga ke jenjang pelamin? di sini, sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sy tentagn cinta pertama saya.. Saya mula jatuh cinta pada usia 17 tahun..dia telah membuatkan sy berasa dunia ini sy y pnya.. cinta pertama sy itu sgt indah sbb ia adlh kali pertama sy jatuh cinta..terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit telah sy lalui dan kenangan2 itu byk mengajar sy erti sebuah perhubungan.. tp cinta itu bertukar menjadi derita apabila kami menjejaki kaki ke menara gading..dunia maktab telah mengubah dirinya..cintanya telah hilang sedangkn sy di universiti, tidak pernah terlintas untuk melunturkan rs cinta itu walau sedikit pon. pelbagai dugaan terpaksa sy hadapi sehinggalah cinta itu pergi..dia telah meninggalkan sy atas 1 alasan y sgt x berteloransi..dia pergi untuk mencari orang y mempunyai kekayaan duniawi...hubungan kami hanya kekal selama 4 tahun..walau sudah 2 tahun hubungan itu terputus, tp ia tetap di sanubari..cinta pertama mgkn tidak kekal sampai hari ini tp ia terus kekal di sanubari...

Saturday 10 December 2011

Hakikat Sebuah Perkenalan

Di waktu perkenalan dahulu
Engkau  datang  dengan  harapan
Agar aku punyai perasaan
Pada mu seorang perawan

Tapi aku tidak tahu hakikatnya
Siapa yang memberi atau membawa
Andai cinta yang kau bawa
Akan ku semat hilang kecewa

Bertahun sudah kita bercinta
Tiba-tiba engkau  selitkan  racun
Yang bisa membakar jiwa
Pedih hati ku bukan kepalang
Menahan segala perit luka

Sampai kapan harus ku telan
Peluh darah ku menahan
Segala seksa dan penderitaan
Yang engkau tinggalkan

Kini, kau kecapi bahagia
Aku tangisi derita..

Silauan Hilal

Hatiku..
Merekah Satu Per Satu
Disengat Bisa Sembilu
Air Mata Ku Pengubat Syahdu
Rindu ku Hanya Padamu

Jiwaku..
Bergelora di Ombak Biru
Gelombangnya memerangkapku
Air Mata Ku Pengubat Pilu
Cinta ku Hanya Pada Mu

Bersatu Jasad dan Nyawa
Terbit Cinta Kerana Satu
Mahu Mu Hendak KU
Tapi itu Semuanya Berlalu..

Hatiku merekah satu per Satu
Disengat bisa sembilu
Air mataku pengubat syahdu
Rinduku hanya pada mu
Itulah SILAUAN HILAL..

Penantian Sebuah Kepastian

Mestikah engkau pergi meninggalkan ku..
Di saat aku begitu memerlukan dirimu..
Andai benar cinta bertakhta di hatimu,
Ku pasti Kau akn kembali kepada ku..

Mestikah engkau membiarkan ku sendiri
Di waktu ku mengejar cahaya untuk mu
Andai benar cinta sebati di jiwamu
Ku yakin dirimu hanyalah untuk ku

Dan kini ku sendiri menanti sesuatu y tidak pasti
Cuma ada sebuah harapan y tidak berpaksi
Namun ku masih menanti hadirnya kepastian
Kepastian y benar dinanti selama ini