Saturday, 19 November 2011

Tentang Hati

Bila menyebut soal hati, semua orang sudah tentu mempunyai hati tetapi sejauh manakah kita semua mengenali hati kita?Hati adalah sejenis organ yang dalam badan setiap manusia.Secara saintifiknye, hati memainkan peranan dlm membantu proses pencernaan dalam badan manusia..akan tetapi, secara rohaniahnya, hati ini merupakan kerajaan. dalam kata lain, hati ini memainkan peranan penting dalam mengawal perasaan dan perbuatan setiap manusia. Jika rosak hati, maka rosaklak kerajaan atau dengan makna lainnya, sekiranya hati itu bersifat yang tidak elok dan lebih menjurus kepada perkara-perkara negatif, maka buruklah sikap dan perbuatan manusia itu.. Kesimpulannya, jika kita mahu menjaga sikap dan perbuatan kita supaya tidak melakukan kejahatan, kita perlu menjaga hati kita sebaik mungkin.jangan biarkan hati kita diracuni hawa nafsu yang sering kali mengunggat keimanan kita. Jadi, marilah kita banyakkan amal supaya hati kita tidak dijangkiti virus yang membahayakan kehidupan kita sebagai manusia....