Thursday, 22 December 2011

Cinta Pertama

Apa itu cinta??adakah anda semua memiliki cinta?pernahkan anda mempunyai cinta pertama? secara fitrahnya manusia tidak dapat lari dari perasaan cinta itu.. saya percaya bahawa semua orang pernah mempunyai cinta pertama dan mungkin sedang mempunyai cinta pertama..tapi sejauh manakah cinta pertama itu boleh dipercayai? adakah ia akan kekal sehingga ke jenjang pelamin? di sini, sy ingin berkongsi sedikit pengalaman sy tentagn cinta pertama saya.. Saya mula jatuh cinta pada usia 17 tahun..dia telah membuatkan sy berasa dunia ini sy y pnya.. cinta pertama sy itu sgt indah sbb ia adlh kali pertama sy jatuh cinta..terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit telah sy lalui dan kenangan2 itu byk mengajar sy erti sebuah perhubungan.. tp cinta itu bertukar menjadi derita apabila kami menjejaki kaki ke menara gading..dunia maktab telah mengubah dirinya..cintanya telah hilang sedangkn sy di universiti, tidak pernah terlintas untuk melunturkan rs cinta itu walau sedikit pon. pelbagai dugaan terpaksa sy hadapi sehinggalah cinta itu pergi..dia telah meninggalkan sy atas 1 alasan y sgt x berteloransi..dia pergi untuk mencari orang y mempunyai kekayaan duniawi...hubungan kami hanya kekal selama 4 tahun..walau sudah 2 tahun hubungan itu terputus, tp ia tetap di sanubari..cinta pertama mgkn tidak kekal sampai hari ini tp ia terus kekal di sanubari...

Saturday, 10 December 2011

Hakikat Sebuah Perkenalan

Di waktu perkenalan dahulu
Engkau  datang  dengan  harapan
Agar aku punyai perasaan
Pada mu seorang perawan

Tapi aku tidak tahu hakikatnya
Siapa yang memberi atau membawa
Andai cinta yang kau bawa
Akan ku semat hilang kecewa

Bertahun sudah kita bercinta
Tiba-tiba engkau  selitkan  racun
Yang bisa membakar jiwa
Pedih hati ku bukan kepalang
Menahan segala perit luka

Sampai kapan harus ku telan
Peluh darah ku menahan
Segala seksa dan penderitaan
Yang engkau tinggalkan

Kini, kau kecapi bahagia
Aku tangisi derita..

Silauan Hilal

Hatiku..
Merekah Satu Per Satu
Disengat Bisa Sembilu
Air Mata Ku Pengubat Syahdu
Rindu ku Hanya Padamu

Jiwaku..
Bergelora di Ombak Biru
Gelombangnya memerangkapku
Air Mata Ku Pengubat Pilu
Cinta ku Hanya Pada Mu

Bersatu Jasad dan Nyawa
Terbit Cinta Kerana Satu
Mahu Mu Hendak KU
Tapi itu Semuanya Berlalu..

Hatiku merekah satu per Satu
Disengat bisa sembilu
Air mataku pengubat syahdu
Rinduku hanya pada mu
Itulah SILAUAN HILAL..

Penantian Sebuah Kepastian

Mestikah engkau pergi meninggalkan ku..
Di saat aku begitu memerlukan dirimu..
Andai benar cinta bertakhta di hatimu,
Ku pasti Kau akn kembali kepada ku..

Mestikah engkau membiarkan ku sendiri
Di waktu ku mengejar cahaya untuk mu
Andai benar cinta sebati di jiwamu
Ku yakin dirimu hanyalah untuk ku

Dan kini ku sendiri menanti sesuatu y tidak pasti
Cuma ada sebuah harapan y tidak berpaksi
Namun ku masih menanti hadirnya kepastian
Kepastian y benar dinanti selama ini

Friday, 25 November 2011

Dunia Mistik..adakah ia benar2 wujud?

Remajaku: Dunia Mistik..adakah ia benar2 wujud?: Adakah anda semua percaya akan kewujudan dunia mistik atau lebih dikenali dengan Alam Ghaib?Dalam Islam pon ada menyebut tentang kewujudan A...

Dunia Mistik..adakah ia benar2 wujud?

Adakah anda semua percaya akan kewujudan dunia mistik atau lebih dikenali dengan Alam Ghaib?Dalam Islam pon ada menyebut tentang kewujudan Alam Ghaib ini.  Alam ghaib (seperti Allah, malaikat, jin, surga, dan neraka) dan alam tampak adalah berbeza. Ghaib menurut bahasa bererti yang tidak nampak. Sesungguhnya Allah yang paling mengetahui kedua alam tersebut. “Dialah Allah yang tidak ada ilah kecuali Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang tampak (QS Al-Hasyr : 22)”. “Sesungguhnya Aku mengetahui segala yang ghaib di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kalian tampakkan dan apa yang kalian sembunyikan (QS Al-Baqarah : 33)”.
Kita harus beriman kepada yang ghaib. “Kitab ini tidak ada keraguan didalamnya sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib … (QS Al-Baqarah : 2-3)”. Tetapi kita hanya bisa mengetahui yang ghaib secara benar dengan cara ikhbari, yakni sejauh apa yang dikemukakan oleh Allah dan Rasul-Nya (Al-Qur’an dan As-Sunnah).
Alam ghaib yang diciptakan oleh Allah merupakan ujian bagi manusia selama dia hidup di dunia. Manusia diuji apakah ketika di dunia dia beriman kepada Allah, Hari Akhir, surga, neraka, pahala akhirat dan sebagainya – yang mana semuanya itu tidak tampak – ataukah dia mengingkarinya.

Sunday, 20 November 2011

Apa itu nafsu..

Begitu kerap sekali kita mendengar orang menyebut tentang nafsu. Akan tetapi, sejauh manakah kefahaman kita kepada nafsu? pernahkah anda mendengar jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu? dan pernahkah anda terfikir kenapa jihad ini sukar untuk dilakukan? Pada pendapat saya, jihad melawan nafsu sukar dilakukan kerana kita tidak kenal dan tahu apa itu nafsu.

Berdasarkan pembacaan saya, begitu banyak perkataan nafsu disebut dalam kitab Al-Quran dan hadis. Untuk pengetahuan anda, sebaik sahaja Allah mencipta roh, Allah bertanya, 'Apakah Aku(Allah) Tuhan kamu?' dan roh menjawab, 'Bahkan kami bersaksi'. Roh bersaksi dan membuat pengakuan bahawa Allah adalah Tuhan. Ini berbeza dangan nafsu. Sebaik mencipta nafsu, Allah bertanya 'siapa engkau dan siapa Aku(Allah)?'. Nafsu menjawab, 'Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku'. Begitu angkuhnya nafsu hingga tidak mahu memperakukan Allah sebagai Tuhan. Lalu Allah membakar nafsu dalam neraka selama 3000 tahun.

Selepas dikeluarkan dari neraka Allah bertanyakan soalan yang sama tapi jawapan daripada nafsu tetap sama. Maka Allah membakar nafsu selama 3000 tahun lagi. Selepas itu, Allah bertanya soalan i8tu lagi dan jawapan nafsu masih lagi sama. Allah membakar nafsu seribu tahun lagi. Selepas dikeluarkan dari neraka dan Allah bertanya soalan yang sama. Pada kali ini barulah nafsu menjawab, 'Engkau(Allah) adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu'.

Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa nafsu begitu degil, angkuh, sombong dan bongkak kerana tidak mahu mengaku Allah itu Tuhan. Selepas dibakar selama 7000 tahun barulah nafsu mahu mengaku Allah itu adalah Tuhan.

Tuhan memasukkan nafsu yang degil ini bersama kejadian manusia. Kewujudan nafsu dalam diri manusia bukan sentiasa membawa kepada kejahatan dengan syarat nafsu itu perlu dijinakkan. Nafsu tidak dapat dibuang tetapi boleh dijinakkan seperti buaya. Sebagaimana buaya yang memberi manfaat apabila dijinakkan, begitu jugalah dengan nafsu bila ia dijinakkan. Antara manfaat menjinakkan nafsu ialah dunia makmur dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan, manusia berkembang biak, penemuan baru terhasil dari penyelidikan saintis dan penerokaan angkasa lepas.

Saturday, 19 November 2011

Tentang Hati

Bila menyebut soal hati, semua orang sudah tentu mempunyai hati tetapi sejauh manakah kita semua mengenali hati kita?Hati adalah sejenis organ yang dalam badan setiap manusia.Secara saintifiknye, hati memainkan peranan dlm membantu proses pencernaan dalam badan manusia..akan tetapi, secara rohaniahnya, hati ini merupakan kerajaan. dalam kata lain, hati ini memainkan peranan penting dalam mengawal perasaan dan perbuatan setiap manusia. Jika rosak hati, maka rosaklak kerajaan atau dengan makna lainnya, sekiranya hati itu bersifat yang tidak elok dan lebih menjurus kepada perkara-perkara negatif, maka buruklah sikap dan perbuatan manusia itu.. Kesimpulannya, jika kita mahu menjaga sikap dan perbuatan kita supaya tidak melakukan kejahatan, kita perlu menjaga hati kita sebaik mungkin.jangan biarkan hati kita diracuni hawa nafsu yang sering kali mengunggat keimanan kita. Jadi, marilah kita banyakkan amal supaya hati kita tidak dijangkiti virus yang membahayakan kehidupan kita sebagai manusia....