Apa itu nafsu..
Begitu kerap sekali kita mendengar orang menyebut tentang nafsu. Akan tetapi, sejauh manakah kefahaman kita kepada nafsu? pernahkah anda mendengar jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu? dan pernahkah anda terfikir kenapa jihad ini sukar untuk dilakukan? Pada pendapat saya, jihad melawan nafsu sukar dilakukan kerana kita tidak kenal dan tahu apa itu nafsu.
Berdasarkan pembacaan saya, begitu banyak perkataan nafsu disebut dalam kitab Al-Quran dan hadis. Untuk pengetahuan anda, sebaik sahaja Allah mencipta roh, Allah bertanya, 'Apakah Aku(Allah) Tuhan kamu?' dan roh menjawab, 'Bahkan kami bersaksi'. Roh bersaksi dan membuat pengakuan bahawa Allah adalah Tuhan. Ini berbeza dangan nafsu. Sebaik mencipta nafsu, Allah bertanya 'siapa engkau dan siapa Aku(Allah)?'. Nafsu menjawab, 'Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku'. Begitu angkuhnya nafsu hingga tidak mahu memperakukan Allah sebagai Tuhan. Lalu Allah membakar nafsu dalam neraka selama 3000 tahun.
Selepas dikeluarkan dari neraka Allah bertanyakan soalan yang sama tapi jawapan daripada nafsu tetap sama. Maka Allah membakar nafsu selama 3000 tahun lagi. Selepas itu, Allah bertanya soalan i8tu lagi dan jawapan nafsu masih lagi sama. Allah membakar nafsu seribu tahun lagi. Selepas dikeluarkan dari neraka dan Allah bertanya soalan yang sama. Pada kali ini barulah nafsu menjawab, 'Engkau(Allah) adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu'.
Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa nafsu begitu degil, angkuh, sombong dan bongkak kerana tidak mahu mengaku Allah itu Tuhan. Selepas dibakar selama 7000 tahun barulah nafsu mahu mengaku Allah itu adalah Tuhan.
Tuhan memasukkan nafsu yang degil ini bersama kejadian manusia. Kewujudan nafsu dalam diri manusia bukan sentiasa membawa kepada kejahatan dengan syarat nafsu itu perlu dijinakkan. Nafsu tidak dapat dibuang tetapi boleh dijinakkan seperti buaya. Sebagaimana buaya yang memberi manfaat apabila dijinakkan, begitu jugalah dengan nafsu bila ia dijinakkan. Antara manfaat menjinakkan nafsu ialah dunia makmur dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan, manusia berkembang biak, penemuan baru terhasil dari penyelidikan saintis dan penerokaan angkasa lepas.
No comments:
Post a Comment